Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah
Rabak mata ku pena menari-nari
tinta berdarah kata membara-bara
*
masanya ku bernafas
ini terakhir kali
puas sudah ku sesak dalam dunia sempit
dulu tersungkur kini berdiri
kau bermain api kini ku bakari
dulu menunduk kini ku celik
kau bermain api
chorus:
engkau mahu sempurna
engkau jadi sempurna
biar aku bahagia dengan cela ku
engkau mahu malaikat
turun dari kayangan
biar aku bahagia dengan cela ku
mengapa tidak engkau cermin saja
diri mu yang sempurna, mempesona
ku bahagia dengan cela
mengapa tidak kau bercinta saja
dengan diri mu yang sempurna, mempesona
ku bahagia dengan cela
(repeat *)
(repeat chorus)
siapa yang mampu mencapai mahu mu
bilamana kau juga seorang manusia?
siapa yang mampu mencapai mahu mu
bilamana kau juga seorang manusia?