Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Bertapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Tatapi wajahmu oh anak
Tergamak ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu
Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Engkau besar sudah oh anak
Ibu dan ayah memberi kau kebebasan
Yang engkau mahu
Di samping didikan agama yang sempurna
Untuk hari mukamu
Kini kau telah jauh berubah
Cakap mu kasar dan menderhaka
Meracuni hati mereka
Inikah balasanmu oh anak
Membelakangkan sifat tuhan
Menghormati ayah dan ibu mu
Walau apapun yang engkau lakukan
Kini kau telah sedar
Ibu dan ayah sentiasa menerima mu
Seperti biasa
Begitulah sucinya kasih ayah dan ibu
Terhadap mu
Kenaglah jasa mereka selalu mengorbankan
Untuk mu anak