[Verse]
Apa lagi alasan nak kauberi
Setelah diriku disimbah hinaan
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadinya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Ke manakah hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malukan
[Verse 1]
Malam ini janggal kurasakan
Sendiri melalui detik yang sepi
Perit sekali
Pertama kali bagiku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini dipersenda
Oleh insan yang kucinta
Oleh insan yang kusayang
Kini bermusuhan
[Chorus 1]
Jika kuimbas kisah lama
Semuanya indah semua
Pernah jua kau menangis
Bila aku mendugamu
Kuatnya kasihmu pada aku
Di ketika itu
Sayang seribu kali sayang
Akhirnya kecundang jua
Kasih yang lama terjalin
Mudah sungguh kasihmu berpaling
Dan lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasamu yang tak sepatutnya
Engkau ucapkan
[Verse 2]
Kau menyinta kerana apa
Kau menyayang ada makna
Kau berubah ada penyebabnya